sistem pesawat kecil tanpa pemandu
sistem pesawat tanpa pemandu, selain daripada belon atau layang-layang, mempunyai jisim tidak lebih daripada 20 kilogram tanpa bahan api tetapi termasuk apa-apa barang atau peralatan yang dipasang di dalam atau pada pesawat ketika permulaan penerbangannya
pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu
sebuah pesawat kecil tanpa pemandu yang dilengkapi untuk melaksanakan apa-apa bentuk pengawasan atau pemerolehan data
anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerbangkan UAS bagi tujuan kerja udara.
kerja udara bermaksud operasi pesawat yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan khusus dalam aktiviti pertanian, pembinaan, fotografi, tinjauan, pemerhatian dan rondaan, mencari dan menyelamat, iklan udara dan lain-lain aktiviti yang serupa.
Kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif diperlukan untuk menerbangkan sebuah pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu dalam mana-mana keadaan berikut:
di atas mana-mana kawasan yang ditetapkan = bermaksud mana-mana kawasan yang digunakan untuk tujuan kediaman, komersial, perindustrian atau rekreasi
dalam lingkungan 150 meter dari mana-mana kawasan yang ditetapkan
mana-mana perhimpunan di kawasa terbuka yang mempunyai lebih daripada 1,000 orang
dalam lingkungan 50 meter daripada mana-mana kapal, kenderaan atau struktur yang tidak berada di bawah kawalan orang yang menjaga pesawat
dalam lingkungan 50 meter daripada orang ramai
dalam lingkungan 30 meter daripada orang ramai semasa pesawat berlepas atau mendarat
Orang yang mengendalikan UAS tidak boleh menyebabkan atau membenarkan apa-apa barang atau haiwan untuk dijatuhkan daripada UAS sama ada ia terpasang pada payung terjun atau tidak.
Pesawat kecil tanpa pemandu dan pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu TIDAK perlu didaftarkan. Hanya sistem pesawat tanpa pemandu melebihi 20kg PERLU didaftarkan.
Bagi individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi seratus ribu ringgit.
NOTA PERINGATAN
Sila hantarkan permohonan dengan semua dokumen yang berkaitan kepada CAAM dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
Permohonan yang dihantar kurang daripada 14 hari akan ditolak dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.