-A  +A          

Good Day! Friday, 22 August 2025

Permit Perkhidmatan Udara

Permit Perkhidmatan Udara

Permit Perkhidmatan Udara

Permit Perkhidmatan Udara (ASP) diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo melalui udara bagi tujuan yang berkaitan dengan aktiviti memberi sewa dan mengambil upah (hire or reward) di antara mana-mana dua (2) tempat atau lebih, yang mana salah satu (1) daripadanya terletak di dalam sempadan Malaysia. Syarat ini tidak berkenaan bagi sesiapa yang telah dibenarkan untuk mengendali operasi perjalanan berjadual ke atau dari Malaysia, di bawah mana-mana syarat perjanjian atau pelan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, syarikat penerbangan asing yang diberikan kebenaran untuk terbang ke Malaysia di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara.

Setiap ASP merangkumi syarat-syarat terperinci yang terikat dengan undang-undang, yang mana ia menyatakan jenis perkhidmatan yang diberikan hak pelaksanaan kepada pemegang lesen, tempoh sah lesen dan juga syarat-syarat lain yang berkaitan.

ASP hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan penerbangan tidak berjadual. Bagi perkhidmatan penerbangan berjadual, lesen yang tepat untuk dipohon ialah Lesen Perkhidmatan Udara.

Memohon Permit Perkhidmatan Udara (ASP)

Mana-mana entiti yang berhasrat untuk memohon ASP hendaklah menghubungi CAAM melalui emel: aerolicence@caam.gov.my untuk menetapkan tarikh mesyuarat pra-permohonan.

Pemohon dinilai berdasarkan beberapa kriteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • struktur pemilikan pemohon tersebut yang mana sama ada pemohon adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dikawal secara langsung oleh syarikat/warganegara Malaysia;
  • permintaan bagi pengangkutan udara di dalam kawasan operasi yang dimohon;
  • pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat;
  • kebolehlaksanaan pelan perniagaan yang dicadangkan;
  • daya tahan kewangan perniagaan; dan
  • kewujudan perkhidmatan lain yang serupa serta kecekapan dan kekerapan perkhidmatan yang ditawarkan.

Keputusan terkini berkaitan ASP yang diluluskan boleh didapati di sini.

Memperbaharui Permit Perkhidmatan Udara (ASP)

Untuk memperbaharui ASP anda, permohonan bertulis hendaklah dikemukakan melalui aerolicence@caam.gov.my. Proses permohonan rasmi untuk memulakan proses permohonan rasmi. Penilaian dokumen hanya akan dimulakan setelah semua dokumen yang diperlukan dikemukakan sepenuhnya.

Setiap pemegang ASP dikehendaki mengemukakan laporan operasi dan kewangan secara berkala sebagai sebahagian daripada syarat lesen mereka.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy