-A  +A          

Good Day! Wednesday, 24 April 2024

Lesen Pengendali Darat

Lesen Pengendali Darat

Lesen Pengendali Darat mengandungi piawaian, keperluan dan prosedur berkaitan dengan peruntukan bagi Pengendalian Darat. Piawaian dan keperluan adalah berdasarkan piawaian dan amalan yang disyorkan (SARP) seperti yang ditetapkan dalam Dokumen 10121 Manual Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai Pengendalian Darat. Ia juga diterbitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah seksyen 24O Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] dan mula berkuat kuasa pada 10 April 2020.

Seksyen ini menetapkan peraturan dan keperluan teknikal yang mentadbir organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengendalian darat di aerodrom Malaysia.

Kategori 1

Ground administration and supervision

Kategori 2

Passenger handling

Kategori 3

Freight and mail handling (Documentation)

Kategori 4

Aircraft services

Kategori 5

Aircraft maintenance

Kategori 6

Flight operations and crew administration

Kategori 7

Surface transport

Kategori 8

In-Flight Catering services

Kategori 9

Baggage handling

Kategori 10

Freight and mail handling

Kategori 11

Ramp handling

Kategori 12

Fuel and oil handling

Perkhidmatan pengendalian darat harus dilaksanakan seperti yang terpakai selaras dengan prosedur, piawaian dan garis panduan latihan yang terkandung dalam

  • Manual Operasi Darat (GOM);
  • Manual Pengendalian Darat (GHM), termasuklah keperluan keselamatan teknikal dan piawaian untuk peralatan sokongan darat bermotor dan tidak bermotor;
  • Audit Keselamatan IATA bagi Operasi Darat (ISAGO);
  • Manual Pengendalian Kargo (CHM), termasuklah peraturan haiwan hidup dan barangan mudah rosak;
  • Arahan Teknikal ICAO dan Peraturan Barangan Berbahaya IATA (DGR) dan
  • Dokumen 9977 dan 10121 ICAO.

Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pengendali darat, sila rujuk kepada
Civil Aviation Directive Ground Handling

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon