-A  +A          

Good Day! Tuesday, 16 April 2024

History & Milestone

Sejarah & Pencapaian

Sejarah:
Transformasi DCA ke CAAM

  • Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mula ditubuhkan di Singapura.
  • DCA bertanggungjawab terhadap perkhidmatan udara yang disediakan di Persekutuan Tanah Melayu dan Borneo.

1947

1948

  • DCA diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Tanah, Galian dan Komunikasi.
  • DCA untuk Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ditubuhkan di Kuala Lumpur.
  • Ia diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pos dan Telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan domestik.

1953

1969

  • DCA Malaysia ditubuhkan apabila Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] telah diisytiharkan.
  • Objektif utamanya adalah untuk mentadbir program keselamatan dan pengawalseliaan penerbangan negara dan menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara yang sistematik kepada pesawat udara di ruang udaranya.
  • Aktiviti yang dikawal selia termasuk pensijilan pesawat, pendaftaran, pensijilan kakitangan, pelesenan lapangan terbang, pensijilan pengendali udara, kawalan trafik udara dan pensijilan peralatan navigasi udara.
  • DCA menjadi jabatan yang mengakaun sendiri di bawah Kementerian Pengangkutan.

1976

1992

  • DCA dipisahkan kepada dua entiti iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports Berhad (MAB) yang dikorporatkan.
  • DCA kekal sebagai pihak berkuasa kawal selia piawaian teknikal, keselamatan dan operasi penerbangan awam di Malaysia.
  • Sementara itu, MAB memberi tumpuan kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan terbang di Malaysia.
  • Ibu pejabat DCA telah dipindahkan dari Wisma Semantan, Kuala Lumpur ke Putrajaya.

2001

2018

  • DCA telah diubah menjadi sebuah badan berkanun bebas yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017[Akta 788].
  • CAAM adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Fungsi teras adalah untuk mengawal selia pengawasan dan keselamatan penerbangan awam di negara ini termasuk penubuhan piawaian penguatkuasaan mereka.
  • Memastikan semua perkhidmatan dan kemudahan lapangan terbangdikawal selia dan dijalankan mengikut undang-undang Malaysia.
  • Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya saing negara dalam sektor penerbangan global.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon