-A  +A          

Good Day! Saturday, 27 April 2024

About Us

Latar Belakang

Selamat datang ke sesawang rasmi
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 1969. Berkuat kuasa pada 19 Februari 2018, DCA telah dimasukkan ke dalam badan berkanun yang dikenali sebagai CAAM.

Wawasan Kami

Menjadi pihak berkuasa penerbangan terkemuka di dunia

Misi Kami

Untuk terus meningkatkan pengawasan, keselamatandan kecekapan bagi industri penerbangan yang mampan

About Us 2

Penubuhan CAAM adalah selaras dengan kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang telah menyarankan negara-negara pejanji berkontrak kepada Konvensyen Chicago untuk menubuhkan pihak berkuasa penerbangan awam autonomi untuk memastikan pengurusan pengawasan dan keselamatan penerbangan awam yang lebih cekap.

Tanggungjawab pengawalseliaanhal-hal teknikal penerbangan awam terletak kepada hak CAAM. Peranan utama CAAM adalah untuk menyumbang kepada pembangunan sektor teknikal penerbangan awam Malaysia dan diberi mandat untuk mematuhi piawaian ICAO bagi memastikanpenerbanganselamat, terjamin dan cekap.

Antara fungsi utama CAAM adalah untuk mengawal selia, memudahkan dan mempromosikan industri penerbangan/aeroangkasa negara serta memastikan kewajipan negara dan antarabangsa dalam perkara yang berkaitan dengan penerbangan awam dapat dijalankan dan piawaian pengawasan dan keselamatan sejagat serta keperluan dalam penerbangan awam dilaksanakan, mematuhi serta dijaga dengan baik. Penubuhan CAAM juga bertujuan untuk memastikan hal ehwal yang melibatkan industri penerbangan awam di negara ini memenuhi piawaian dan prosedur keselamatan yang disyorkan oleh ICAO.

CAAM mewujudkan dasar yang komprehensif meliputi semua aspek utama penerbangan dengan memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan, objektif pembangunan strategik, strategi jangka panjang dan pendekatan transformasi. Salah satu peranan penting CAAM adalah mengekalkan kelebihan daya saing negara dalam sektor penerbangan global. Sebagai sebuah badan kawal selia, tanggungjawab CAAM termasuklah:

Shield 1 1

Menjaga operasi penerbangan awam di Malaysia

Aviation 1

Menjalankan pengawasan pengawalseliaan keselamatan penerbangan awam

Airport 1

Mengawal selia operasi perkhidmatan dan kemudahan lapangan terbangdi Malaysia

Malaysia

Menyediakan perkhidmatannavigasi udara dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu

Air Ambulance 1

Menyelaras operasi mencari dan menyelamat

Vector

Bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam penyiasatan kemalangan pesawat dan insiden serius

Selain fungsi pengawalseliaandan pengawasan, CAAM juga berperanan memberi dorongan, mempromosikan, memudahkan dan membantu dalam kemajuan dan peningkatan kemampuan, kemahiran dan perkhidmatan penerbangan awam di Malaysia. Ini termasuklah menyediakan perkhidmatan teknikal dan perundingan berkaitan penerbangan awam serta memberikan pendidikan dan latihan dalam industri ini selain mempromosikan penyelidikan dan pembangunan sektor penerbangan awam.

Dari segi persekitaran, CAAM telah bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan untuk meminimumkankesan alam sekitar akibat aktiviti penerbangan. Sehubungan itu, CAAM telah memberi persetujuan kepada ICAO mengenai pelaksanaan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon untuk Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

Pensijilan ISO

CAAM berjaya diperakui untuk pensijilan berikut

28 Mac 2014
Sistem MAAIS disokong oleh CAAM terletak di dalam bilik server

31st Mac 2014
Penyediaan Perkhidmatan Pakej Maklumat Bersepadu Aeronautik (AIP) yang terdiri daripada AIP; dan Suplemen kepada AIP; dan Pekeliling Maklumat Aeronautik (AIC).
Cadangan Penyediaan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM)

31st Mac 2014
Penyediaan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) termasuk Ringkasan NOTAM,NOTAM dan Buletin Maklumat Pra penerbangan (PIB); Senarai Semak dan Senarai NOTAM yang sah kecuali aktiviti Pelan Penerbangan

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon