Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang disampaikan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi dengan agensi awam lain untuk membantu memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efisien.
Maklumat Terkumpul
Tidak ada maklumat peribadi yang akan dikumpulkan semasa anda melayari laman sesawang ini kecuali maklumat yang dihantar oleh anda sendiri melalui e-mel.
Apa yang akan berlaku sekiranya saya pergi ke pautan laman sesawang lain?
Laman sesawang ini mengandungi pautan ke laman sesawang lain. Dasar privasi ini bagaimanapun hanya terpakai untuk laman sesawang ini sahaja. Perlu dimaklumkan bahawa laman sesawang yang dipautkan ke portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat disarankan untuk memeriksa serta memahami dasar privasi setiap laman sesawang tersebut.
Pindaan pada Dasar
Sekiranya dasar privasi diubah, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mengunjungi laman ini secara lebih kerap selain mengetahui cara laman sesawang ini digunakan dan cara maklumat tersebut dikongsi dengan pihak lain.