MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 30 July 2025.