-A  +A          

Good Day! Sunday, 17 August 2025

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2025 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Wee Hock Kee sebagai Anggota Suruhanjaya yang baharu, berkuat kuasa 13 Februari 2025. Pelantikan Encik Wee dibuat oleh Menteri Pengangkutan selepas berunding dengan Perdana Menteri, selaras dengan Seksyen 5(1)(c) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. Dengan pengalaman kerjaya beliau yang meluas, termasuk di syarikat-syarikat multinasional, Encik Wee telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam bidang audit dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus. Beliau ialah Felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (United Kingdom). Encik Wee pernah berkhidmat sebagai Pengarah Audit Serantau bagi Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika di AstraZeneca PLC (United Kingdom). Kini, beliau merupakan Ahli Fakulti dan Felo di Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) serta ahli Singapore Institute of Directors (SID). Selain itu, beliau turut merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus, Etika, Audit dan Risiko di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Encik Wee telah memberi sumbangan yang signifikan dalam profesion audit dalaman, termasuk pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dan Asian Confederation of Institute of Internal Auditors (ACIIA). Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga IIA Global, ahli Majlis Penasihat ACCA Malaysia, serta Pengerusi Kumpulan Kerja Audit Dalaman di Institut Akauntan Malaysia (MIA). Di luar penglibatan profesionalnya, Encik Wee telah memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah dalam pelbagai syarikat tersenarai awam di Malaysia, Singapura, dan United Kingdom, di mana beliau mengetuai Jawatankuasa Audit, Pengurusan Risiko, serta Pencalonan dan Imbuhan. Penglibatan beliau dengan MAVCOM sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Anggota Jawatankuasa bagi Jawatankuasa Pelesenan dan Hak Trafik Udara. Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, menyambut baik pelantikan Encik Wee: “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Encik Wee Hock Kee ke MAVCOM. Kepakarannya dalam tadbir urus, pengurusan risiko, dan kawalan dalaman, serta pemahamannya mengenai kepimpinan dan pembangunan lembaga pengarah dalam sektor awam dan swasta, akan memperkukuh pengawasan serta hala tuju strategik MAVCOM. Rekod cemerlang beliau dalam tadbir urus korporat, pengurusan risiko, dan pematuhan peraturan akan menjadi aset yang amat bernilai ketika MAVCOM terus memperkasakan industri penerbangan Malaysia.” Satu lagi perubahan penting di MAVCOM ialah tamatnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Long See Wool sebagai Anggota Suruhanjaya. Tempoh perkhidmatan beliau yang bermula sejak penubuhan MAVCOM, telah berakhir pada 28 Februari 2025. Datuk Seri Hj. Saripuddin menyatakan: “Bagi pihak MAVCOM, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Long See Wool atas sumbangan beliau yang amat bernilai sepanjang tempoh perkhidmatannya. Wawasan strategik dan komitmen beliau dalam membangunkan landskap penerbangan yang mampan telah memberikan impak yang mendalam dan berkekalan kepada industri. Sepanjang tempoh beliau bersama kami, MAVCOM telah berjaya menangani cabaran yang kompleks serta melaksanakan penyelesaian transformasi yang meningkatkan perlindungan pengguna dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Kami amat menghargai dedikasi beliau serta legasi yang ditinggalkannya.” Dengan pelantikan Encik Wee, MAVCOM terus memperkukuh komitmennya untuk menegakkan standard tertinggi dalam tadbir urus dan integriti kawal selia dalam sektor penerbangan Malaysia.

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2025 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Wee Hock Kee sebagai Anggota Suruhanjaya yang baharu, berkuat kuasa 13 Februari 2025.

Pelantikan Encik Wee dibuat oleh Menteri Pengangkutan selepas berunding dengan Perdana Menteri, selaras dengan Seksyen 5(1)(c) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Dengan pengalaman kerjaya beliau yang meluas, termasuk di syarikat-syarikat multinasional, Encik Wee telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam bidang audit dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus. Beliau ialah Felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (United Kingdom). Encik Wee pernah berkhidmat sebagai Pengarah Audit Serantau bagi Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika di AstraZeneca PLC (United Kingdom). Kini, beliau merupakan Ahli Fakulti dan Felo di Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) serta ahli Singapore Institute of Directors (SID). Selain itu, beliau turut merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus, Etika, Audit dan Risiko di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Encik Wee telah memberi sumbangan yang signifikan dalam profesion audit dalaman, termasuk pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dan Asian Confederation of Institute of Internal Auditors (ACIIA). Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga IIA Global, ahli Majlis Penasihat ACCA Malaysia, serta Pengerusi Kumpulan Kerja Audit Dalaman di Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Di luar penglibatan profesionalnya, Encik Wee telah memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah dalam pelbagai syarikat tersenarai awam di Malaysia, Singapura, dan United Kingdom, di mana beliau mengetuai Jawatankuasa Audit, Pengurusan Risiko, serta Pencalonan dan Imbuhan. Penglibatan beliau dengan MAVCOM sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Anggota Jawatankuasa bagi Jawatankuasa Pelesenan dan Hak Trafik Udara.

Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, menyambut baik pelantikan Encik Wee: “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Encik Wee Hock Kee ke MAVCOM. Kepakarannya dalam tadbir urus, pengurusan risiko, dan kawalan dalaman, serta pemahamannya mengenai kepimpinan dan pembangunan lembaga pengarah dalam sektor awam dan swasta, akan memperkukuh pengawasan serta hala tuju strategik MAVCOM. Rekod cemerlang beliau dalam tadbir urus korporat, pengurusan risiko, dan pematuhan peraturan akan menjadi aset yang amat bernilai ketika MAVCOM terus memperkasakan industri penerbangan Malaysia.”

Satu lagi perubahan penting di MAVCOM ialah tamatnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Long See Wool sebagai Anggota Suruhanjaya. Tempoh perkhidmatan beliau yang bermula sejak penubuhan MAVCOM, telah berakhir pada 28 Februari 2025.

Datuk Seri Hj. Saripuddin menyatakan: “Bagi pihak MAVCOM, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Long See Wool atas sumbangan beliau yang amat bernilai sepanjang tempoh perkhidmatannya. Wawasan strategik dan komitmen beliau dalam membangunkan landskap penerbangan yang mampan telah memberikan impak yang mendalam dan berkekalan kepada industri. Sepanjang tempoh beliau bersama kami, MAVCOM telah berjaya menangani cabaran yang kompleks serta melaksanakan penyelesaian transformasi yang meningkatkan perlindungan pengguna dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Kami amat menghargai dedikasi beliau serta legasi yang ditinggalkannya.”

Dengan pelantikan Encik Wee, MAVCOM terus memperkukuh komitmennya untuk menegakkan standard tertinggi dalam tadbir urus dan integriti kawal selia dalam sektor penerbangan Malaysia.

Mr. Wee Hock Kee

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy