-A  +A          

Good Day! Thursday, 14 August 2025

Ketidakpatuhan Syarikat Penerbangan

Ketidakpatuhan Syarikat Penerbangan

Apa Akan Berlaku Sekiranya Syarikat Penerbangan Tidak Dapat Mencapai Sasaran?

Jika syarikat penerbangan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, ia boleh memberi kesan terhadap permohonan mereka untuk pembaharuan atau penambahan Hak Trafik Udara (ATR) yang dikeluarkan oleh CAAM.

Aplikasi ATR merupakan permohonan untuk kebenaran yang diberikan oleh CAAM kepada syarikat penerbangan untuk mengendalikan laluan dan penerbangan tertentu. Sijil Hak Trafik Udara (ATRC) diperlukan bagi mana-mana pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) yang berhasrat untuk melaksanakan pengangkutan udara atau menggunakan mana-mana pesawat untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo bagi tujuan sewa atau upah (hire or reward) secara perkhidmatan penerbangan berjadual di antara 2 lokasi atau lebih dengan sekurang-kurangnya salah 1 daripadanya adalah di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang ATR, sila lawati halaman Hak Trafik Udara.

Airline Performance PetaTambahan pula, CAAM menyemak aduan pengguna syarikat penerbangan yang diterima oleh CAAM melalui pelbagai saluran, termasuk melalui laman web CAAM, e-mel, panggilan telefon, aplikasi mudah alih, walk-in dan mel. Ringkasan aduan pengguna dilaporkan 2 kali setahun, dan laporan tersebut boleh didapati di pautan ini.

Syarikat penerbangan dikehendaki mematuhi Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pengenaan penalti kewangan. Sehingga kini, CAAM telah mengenakan penalti kewangan berjumlah RM4.85 juta ke atas AirAsia Berhad, AirAsia X Berhad dan Batik Air. Syarikat-syarikat penerbangan tersebut dikenakan penalti disebabkan oleh ketidakpatuhan kepada MACPC, termasuk kegagalan mendedahkan harga akhir tambang penerbangan, kegagalan memaklumkan perubahan status penerbangan kepada pengguna penerbangan, serta kegagalan untuk menyediakan penyelesaian kepada pengguna dalam tempoh 30 hari.

CAAM turut menilai prestasi lapangan terbang. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan (QoS) Lapangan Terbang.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy