-A  +A          

Good Day! Thursday, 18 September 2025

YBhg Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi

YBhg Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi merupakan seorang perunding yang fasih dalam bidang korporat dan kawalselia. Pengalaman kerja beliau bermula sebagai seorang peguam khusus dalam undang-undang pembinaan dan seterusnya menjadi penasihat korporat yang terlibat dalam beberapa projek pemulihan syarikat.

Beliau merupakan bekas pengawalselia dalam bidang internet, telekomunikasi, media atas talian serta industri perkhidmatan pos dan penghantaran ekspres. Beliau pernah berkhidmat membantu sektor telekomunikasi negara, media dan pos serta syarikat kawalselia digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan perintis semasa penubuhan SKMM (2000-2006) selepas pemansuhan Jabatan Telekom Malaysia dan Bahagian Perlesenan Penyiaran, Kementerian Penerangan Malaysia. Selepas beberapa tahun dalam sektor swasta, beliau dijemput kembali menyertai SKMM sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dilantik menjadi Pengerusi dan Ketua Eksekutif pada lewat 2011.

Semasa dalam perkhidmatan awam, antara lain, beliau telah menyelaraskan organisasi peringkat tinggi pertama dunia “Expert Dialogues on Real-time Monitoring of Flight Data” antara Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa/ International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa/ International Telecommunications Union (ITU) sejurus selepas penutup Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia (World Telecommunications Development Conference) pada 2014.

Beliau juga menganggotai beberapa syarikat tersenarai awam di Malaysia dan beberapa syarikat swasta lain merangkumi pelbagai industri. Selain itu, beliau juga merupakan pengendali radio amatur berlesen selain menjadi penyokong kuat kepada syarikat teknologi yang baru bermula (technology start-ups).

Mohamed Sharil berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University College of Wales, Aberystwyth dan menjadi Peguam di Gray’s Inn, London. Beliau kemudian dipanggil menyertai Majlis Peguam Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy