CAAM mengeluarkan dan menerbitkan garis-garis panduan persaingan apabila wajar atau perlu.
Garis panduan yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:
Garis-garis panduan ini memberi penjelasan kepada Bahagian VII (Persaingan) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Kesemua faktor yang boleh dipertimbangkan oleh CAAM dalam melaksanakan Bahagian VII (Persaingan) Akta seperti yang diperuntukkan dalam kesemua garis panduan adalah tidak menyeluruh, dan contoh-contoh yang diberikan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Garis-garis panduan ini akan dikemaskini oleh CAAM dari semasa ke semasa.
Sebarang permohonan atau aduan kepada CAAM berkenaan persaingan hendaklah dibuat melalui borang dan cara yang ditetapkan seperti yang berikut:
Berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025, sebarang rujukan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam penerbitan di atas selepas ini hendaklah dirujuk sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Senarai keputusan mengenai permohonan persaingan boleh dirujuk di sini.