-A  +A          

Good Day! Wednesday, 13 August 2025

Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan

Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan

Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan

Jika penerbangan anda lewat atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda perlu membantu anda meneruskan perjalanan.

Kelewatan Penerbangan

Bagi kelewatan selama 2 jam atau lebih, anda layak menerima:

  • Makanan
  • Panggilan telefon
  • Akses kepada internet

Bagi kelewatan selama 5 jam atau lebih, anda layak menerima:

  • Makanan
  • Panggilan telefon
  • Akses kepada internet
  • Penginapan hotel (jika perlu)
  • Pengangkutan antara hotel dan lapangan terbang (jika perlu)

ATAU

  • Bayaran balik kos tiket sepenuhnya (termasuk cukai dan fi) melalui mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari, sekiranya anda tidak ingin meneruskan perjalanan.

Pembatalan Penerbangan

Sekiranya berlaku pembatalan, anda berhak kepada:

  • Bayaran balik kos tiket sepenuhnya (termasuk cukai dan fi) melalui mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari; atau
  • Perubahan laluan ke destinasi akhir menggunakan keadaan pengangkutan yang setanding.

Jika anda berpandangan bahawa hak anda tidak dipenuhi dengan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu sebelum menghubungi CAAM.

Ilustrasi 1 – Kelewatan Penerbangan

Ali membeli dua tiket berasingan: Penang ke Kuala Lumpur (ABC Airlines) dan Kuala Lumpur ke Singapura (XYZ Airlines). Penerbangan ABC ditunda selama 8 jam dan menyebabkan beliau terlepas sambungan ke Singapura.

Syarikat ABC hanya bertanggungjawab terhadap segmen Penang ke Kuala Lumpur.

Oleh kerana kelewatan lebih 5 jam, ABC perlu menyediakan:

  1. Makanan, panggilan telefon, dan akses internet (jika ada)
  2. Penginapan di hotel (jika perlu bermalam)
  3. Pengangkutan antara hotel dan lapangan terbang (jika perlu)
  4. Bayaran balik penuh jika Ali tidak mahu meneruskan perjalanan

Syarikat ABC tidak bertanggungjawab terhadap sambungan penerbangan dengan Syarikat XYZ kerana ia ditempah secara berasingan.

Ilustrasi 2 – Kelewatan Penerbangan (Satu Tiket)

Hani mempunyai satu tiket dari Pulau Pinang ke London (transit di KL) dengan Syarikat ABC. Penerbangan dari Pulau Pinang ke KL ditunda 3 jam dan menyebabkan dia terlepas penerbangan ke London.

  • Syarikat ABC bertanggungjawab membawa Hani ke destinasi terakhir (London) tanpa sebarang kos tambahan.
  • Hani juga berhak mendapat makanan, panggilan telefon, akses internet (jika ada) dan penginapan (jika perlu).

Ilustrasi 3 – Pembatalan Penerbangan

Penerbangan Ali dari Kuala Lumpur ke Beijing (ABC Airlines) dibatalkan. ABC menawarkan penerbangan alternatif keesokan harinya atau bayaran balik penuh. Ali memilih untuk beli tiket lain dengan Syarikat XYZ.

  • Pembatalan mungkin berlaku atas sebab operasi. Syarikat perlu memberi notis mencukupi dan menawarkan alternatif awal atau bayaran balik penuh.
  • Dalam kes ini, ABC telah menawarkan kedua-duanya dan tidak bertanggungjawab ke atas kos tiket baharu yang dibeli Ali dari syarikat lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) – Bahagian III, Perenggan 12: Hak Penumpang – Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan.

Anda juga boleh menonton video animasi pendek berkaitan topik ini:

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy