-A  +A          

Good Day! Friday, 22 August 2025

Pengiklanan

Pengiklanan

Anda sedang merancang percutian anda yang seterusnya dan ternampak sebuah iklan promosi oleh sebuah syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan hendaklah menerbitkan harga terangkum tambang penerbangan yang mengandungi:

  • Harga asas tiket penerbangan (termasuk semua caj yang perlu dibayar ke syarikat penerbangan);
  • Cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan;
  • Fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang bertulis;
  • Surcaj bahan api; dan
  • Fi dan caj lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk dikenakan kepada pengguna oleh syarikat penerbangan (contoh: fi karbon)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Garis Panduan Pengiklanan Tambang Penerbangan bagi memastikan penzahiran penuh tambang penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa menerbitkan iklan mereka. (Nota: Dimaklumkan bahawa garis panduan ini kekal terpakai dan berkuat kuasa selepas rasionalisasi MAVCOM dan CAAM yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025).

Ilustrasi

Iklan yang tidak mematuhi MACPC

Penerbangan Ke Perth

Logan melihat sebuah iklan bagi penerbangan ke Perth:

Bolehkah syarikat penerbangan memaparkan iklan seperti ini?

Syarikat penerbangan hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa tambang tersebut merupakan “tambang terangkum” dan bukan tambang asas. Contoh iklan di bawah menunjukkan kesemua maklumat yang perlu dipaparkan di dalam iklan bagi pengguna penerbangan.

Penerbangan Ke Perth2
Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy