-A  +A          

Good Day! Tuesday, 12 August 2025

About Us

Latar Belakang

Selamat datang ke sesawang rasmi
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan untuk menyelia dan mengawal selia semua aspek berkaitan penerbangan awam di Malaysia. 

Wawasan Kami

Menjadi pihak berkuasa penerbangan terkemuka di dunia

Misi Kami

Untuk terus meningkatkan pengawasan, keselamatandan kecekapan bagi industri penerbangan yang mampan

About Us 2

Penubuhan CAAM adalah selaras dengan keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menyeru negara anggota kepada Konvensyen Chicago supaya menubuhkan pihak berkuasa penerbangan awam yang autonomi bagi memastikan pengurusan keselamatan dan sekuriti penerbangan awam yang cekap dan berkesan mengikut piawaian dan amalan terbaik antarabangsa. 

Sebagai satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam di Malaysia, CAAM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aspek teknikal, keselamatan, sekuriti dan ekonomi industri penerbangan awam negara. Tanggungjawab ini merangkumi pensijilan, pelesenan, perkhidmatan navigasi udara, serta kawal selia terhadap aspek ekonomi dan komersial seperti pelesenan perkhidmatan udara, pengagihan laluan, caj lapangan terbang, dan perlindungan pengguna. 

Mandat utama CAAM adalah untuk menyumbang kepada pembangunan berterusan sektor penerbangan awam negara, dengan memastikan semua operasi kekal selamat, terjamin, cekap dan lestari dari segi alam sekitar. CAAM juga bertanggungjawab untuk mematuhi Piawaian dan Amalan Disyorkan (SARPs) oleh ICAO serta memenuhi obligasi Malaysia di bawah perjanjian dan perundangan penerbangan antarabangsa. 

CAAM merangka dasar yang menyeluruh merangkumi semua aspek utama dalam penerbangan, dengan tumpuan kepada bidang pertumbuhan, objektif pembangunan strategik, strategi jangka panjang dan pendekatan transformasi. Antara fungsi utama CAAM adalah untuk: 

Shield 1 1

Mengawal selia, memudah cara dan mempromosikan pembangunan industri penerbangan dan aeroangkasa negara 

Aviation 1

Memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan sekuriti penerbangan awam di peringkat nasional dan antarabangsa 

Airport 1

Melaksanakan peraturan dan kawal selia berkaitan aspek ekonomi dan komersial penerbangan awam 

Malaysia

Menyediakan perkhidmatan navigasi udara dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu 

Air Ambulance 1

Menyokong pertumbuhan industri penerbangan yang mampan, termasuk inisiatif kelestarian alam sekitar 

Vector

Mewakili Malaysia dalam forum penerbangan awam antarabangsa serta mengekalkan kerjasama erat dengan ICAO dan badan penerbangan global lain 

Dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar, CAAM bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan industri bagi meminimumkan kesan penerbangan terhadap alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, CAAM telah menyatakan persetujuan terhadap pelaksanaan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA) di bawah ICAO, selaras dengan usaha global mengurangkan pelepasan karbon daripada aktiviti penerbangan antarabangsa. 

Dengan mandat yang jelas dan fungsi kawal selia yang menyeluruh, CAAM memainkan peranan penting dalam memastikan industri penerbangan awam Malaysia kekal berdaya saing, bersedia untuk masa hadapan, dan selaras sepenuhnya dengan piawaian antarabangsa.

Pensijilan ISO

CAAM berjaya diperakui untuk pensijilan berikut

28 Mac 2014
Sistem MAAIS disokong oleh CAAM terletak di dalam bilik server

31st Mac 2014
Penyediaan Perkhidmatan Pakej Maklumat Bersepadu Aeronautik (AIP) yang terdiri daripada AIP; dan Suplemen kepada AIP; dan Pekeliling Maklumat Aeronautik (AIC).
Cadangan Penyediaan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM)

31st Mac 2014
Penyediaan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) termasuk Ringkasan NOTAM,NOTAM dan Buletin Maklumat Pra penerbangan (PIB); Senarai Semak dan Senarai NOTAM yang sah kecuali aktiviti Pelan Penerbangan

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy