-A  +A          

Good Day! Friday, 22 August 2025

Lesen Perkhidmatan Udara

Lesen Perkhidmatan Udara

Lesen Perkhidmatan Udara

Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo melalui udara bagi tujuan yang berkaitan dengan aktiviti memberi sewa dan mengambil upah (hire or reward) di antara mana-mana dua (2) tempat atau lebih, yang mana salah satu (1) daripadanya terletak di dalam sempadan Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi sesiapa yang telah dibenarkan untuk mengendali operasi perjalanan berjadual ke atau dari Malaysia, di bawah mana-mana syarat perjanjian atau pelan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia.  Sebagai contoh, syarikat penerbangan asing yang diberikan kebenaran untuk beroperasi ke Malaysia di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara.

Setiap ASL merangkumi syarat-syarat terperinci yang terikat dengan undang-undang, yang mana ia menyatakan jenis perkhidmatan yang diberikan hak pelaksanaan kepada pemegang lesen, tempoh sah lesen dan juga syarat-syarat lain yang berkaitan.

ASL membolehkan pemegang lesen tersebut untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual, seperti penerbangan komersial berjadual. Bagi perkhidmatan penerbangan tidak berjadual, permit yang tepat untuk dipohon adalah Permit Perkhidmatan Udara (ASP).

Memohon Lesen Perkhidmatan Udara (ASL)

Mana-mana entiti yang berhasrat untuk memohon ASL hendaklah menghubungi CAAM melalui emel: aerolicence@caam.gov.my untuk menetapkan tarikh mesyuarat pra-permohonan.

Permohonan dinilai berasaskan beberapa kriteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • struktur pemilikan pemohon tersebut yang mana sama ada pemohon adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dikawal secara langsung oleh syarikat/warganegara Malaysia;
  • permintaan bagi pengangkutan udara di dalam kawasan operasi yang dimohon;
  • pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat;
  • kebolehlaksanaan pelan perniagaan yang dicadangkan;
  • daya tahan kewangan perniagaan; dan
  • kewujudan perkhidmatan lain yang serupa serta kecekapan dan kekerapan perkhidmatan yang ditawarkan.

Keputusan terkini berkaitan ASL yang diluluskan boleh didapati di sini.

Memperbaharui Lesen Perkhidmatan Udara (ASL)

Untuk memperbaharui ASL anda, permohonan bertulis hendaklah dikemukakan melalui aerolicence@caam.gov.my bagi memulakan proses permohonan rasmi. Proses permohonan rasmi hendaklah dimulakan. Penilaian dokumen hanya akan dimulakan setelah semua dokumen yang deperlukan dikemukakan sepenuhnya.

Setiap pemegang ASL dikehendaki mengemukakan laporan operasi dan kewangan secara berkala sebagai sebahagian daripada syarat lesen mereka.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy