-A  +A          

Good Day! Friday, 22 August 2025

Lesen Pengendalian Darat

Lesen Pengendalian Darat

Lesen Pengendalian Darat

Lesen Pengendalian Darat (GHL) diperlukan oleh mana-mana individu yang ingin menjalankan perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia. Rujuk kepada Jadual Kedua Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 778] bagi senarai aktiviti pengendalian darat yang memerlukan lesen.

Setiap GHL mengandungi syarat khusus yang mempunyai kuasa undang-undang berhubung perkhidmatan yang dibenarkan untuk dijalankan oleh pemegang lesen, tempoh sah lesen tersebut, serta syarat-syarat lain yang tertakluk kepada lesen tersebut.

Memohon Lesen Pengendalian Darat (GHL)

Mana-mana individu yang ingin memohon Lesen Pengendalian Darat (GHL) perlu menghubungi aerolicence@caam.gov.my untuk menetapkan sesi pra-permohonan.

Permohonan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

  • sama ada pemohon merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan berada secara langsung di bawah kawalan syarikat Malaysia serta struktur pemilikan syarikat pemohon;
  • permintaan terhadap perkhidmatan pengendalian darat tertentu;
  • kewujudan perkhidmatan yang sama di lapangan terbang, tahap kecekapan dan keteraturannya;
  • pengalaman serta kecekapan pasukan pengurusan syarikat;
  • kebolehlaksanaan rancangan perniagaan yang dicadangkan; dan
  • daya maju kewangan perniagaan.

Keputusan terkini berkaitan GHL boleh didapati di sini.

Memperbaharui Lesen Pengendalian Darat (GHL)

Bagi organisasi yang memiliki ASL atau ASP dan mengendalikan perkhidmatan kendalian darat khusus untuk operasi syarikat penerabangan mereka sendiri, mereka adalah tidak tertakluk kepada seksyen ini. Ini adalah kerana bagi pemegang ASL dan ASP, mereka dibenarkan untuk menjalankan perkhidmatan pengendalian darat pagi penerbangan mereka selagimana ASL dan ASP mereka masih sah.

Untuk memperbaharui GHL anda, permohonan bertulis hendaklah dikemukakan melalui aerolicence@caam.gov.my untuk memulakan proses permohonan rasmi. Penilaian dokumen hanya akan dimulakan setelah semua dokumen yang diperlukan dikemukakan sepenuhnya.

Setiap pemegang GHL dikehendaki mengemukakan laporan operasi dan kewangan secara berkala sebagai sebahagian daripada syarat lesen mereka.

Senarai Pengendali Darat Mengikut Lokasi dan Perkhidmatan

Untuk senarai Pengendali Darat yang diluluskan, yang merangkumi lokasi dan kategori perkhidmatan pengendalian darat, sila rujuk kepada Senarai Pengendali Darat Mengikut Lokasi dan Perkhidmatan.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy