CAAM merancang untuk melaksanakan Rangka Kerja QoS Lapangan Terbang di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa di Malaysia. Proses pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

Nota:
Keutamaan lapangan terbang mungkin berubah daripada masa ke masa, berdasarkan jumlah pengguna, penggunaan terminal, dan prestasi perkhidmatan lapangan terbang
*Lapangan Terbang Subang sedang dalam proses pembangunan sebagai sebahagian daripada Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP)
*Lapangan Terbang Tawau kini sedang dinaik taraf di bawah Pembesaran Lapangan Terbang Tawau
Fasa 1: Lapangan Terbang Antarabangsa KL Terminal 1 dan Terminal 2 (KUL T1 dan T2)
Sebanyak 27 elemen kualiti perkhidmatan telah dilaksanakan di KUL T1 dan T2. Elemen kualiti perkhidmatan yang masih belum dilaksanakan, iaitu berkaitan dengan Masa Penggiliran di kawasan tepi bebendul jalan, dijadualkan untuk dilaksanakan menjelang suku kedua tahun 2025.
Fasa 2
Rangka kerja QoS Lapangan Terbang telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Julai 2023. Pada Ogos 2024, Rangka kerja ini diperluaskan dan telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Miri, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Melangkah ke hadapan, Rangka kerja ini akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Lapangan Terbang Sibu, dan Lapangan Terbang Bintulu sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan pada tahun 2025.
Fasa 3
Lapangan terbang yang selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2027.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rangka kerja QoS Lapangan Terbang, klik mana-mana ikon di bawah:
To learn more about the Airports QoS Framework, click on the icons below: