-A  +A          

Good Day! Thursday, 2 April 2026

Penerbitan

Home » Sumber » Penerbitan

Penerbitan

Pihak CAAM telah mendapati, melalui Keputusan Cadangan, bahawa Permohonan bagi Pengecualian Individu berhubung Cadangan Usahasama antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG memenuhi keperluan di bawah Seksyen 36Q Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia [Akta 788] dan layak diberikan Pengecualian Individu.

Pihak CAAM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 15 April 2026.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

Pihak CAAM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang mendapati bahawa permohonan pengecualian individu bagi usahasama di antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited memenuhi semua syarat di bawah seksyen 36Q Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia [Akta 788] dan pengecualian individu tersebut layak untuk mendapat satu pengecualian individu.

Pihak CAAM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 19 Mac 2026.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited

CAAM telah menerima Permohonan Pengecualian Individu di bawah seksyen 36Q Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 mengenai Perjanjian Usahasama (“JVA”) antara Singapore Airlines Limited dan All Nippon Airways Co., Ltd.

CAAM mengalu-alukan mana-mana pihak untuk mengemukakan maklumbalas bertulis mengenai permohonan pengecualian individu mengenai JVA antara SQ dan NH melalui emel kepada competition@caam.gov.my sebelum 1 April 2026.

Rundingan mengenai Ringkasan Permohonan untuk Perjanjian Usahasama antara Singapore Airlines Limited dan All Nippon Airways Co., Ltd

Trafik udara di Malaysia sedang mengalami pertumbuhan berterusan dan dijangka mencapai tahap pra-pandemik pada tahun 2025. Sehubungan dengan pemulihan ini, MAVCOM telah mencadangkan perlaksanaan rangka kerja peraturan berasaskan insentif bagi RP2, yang akan bermula pada 1 Januari 2027. Rangka kerja ini dijangka akan meningkatkan kecekapan dalam sektor penerbangan kerana hubungan langsung antara tahap caj yang dikenakan kepada pengguna lapangan terbang dengan perbelanjaan yang berhemah dan cekap oleh pengendali lapangan terbang.

MAVCOM telah membangunkan Kertas Rundingan Pertama dan Garis Panduan bagi Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan di Malaysia yang menggariskan rangka kerja peraturan berasaskan insentif bagi RP2. Kertas Rundingan ini mengemukakan rasional di sebalik Garis Panduan dan bagaimana Garis Panduan tersebut akan dirujuk bagi menetapkan caj perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Kertas Rundingan ini kepada airport.charges@mavcom.my sebelum atau pada 26 April 2025, selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang.

Pautan:

First Consultation Paper for the Regulation of Aviation Services Charges in Malaysia for Regulatory Period 2 (2027-2029)

Garis Panduan bagi Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan di Malaysia bagi RP2

Pihak CAAM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang mendapati bahawa permohonan pengecualian individu bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited memenuhi semua syarat di bawah seksyen 36Q Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia [Akta 788] dan pengecualian individu tersebut layak untuk satu pengecualian individu tertakluk kepada pematuhan Pemohon-Pemohon terhadap komtimen-komitmen yang dikemukakan.

Pihak CAAM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 4 Dec 2025.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited.

MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 30 July 2025.

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

MAVCOM telah menerima permohonan pengecualian individu bagi usaha sama antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 25 Mei 2025.

Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usaha Sama antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited.

Pengguna
Persaingan

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy