-A  +A          

Good Day! Thursday, 1 June 2023

Organization

Pihak Pengurusan

Pihak Pengurusan

Captain Norazman Bin Mahmud

Kapten Norazman Mahmud

Ketua Pegawai Eksekutif

Kapten Norazman Mahmud berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam industri penerbangan. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat termasuklah B737, B747 dan A330 malah beliau merupakan juruterbang pertama di Malaysia yang telah diiktiraf bagi pesawat A350.

Kapten Norazman memperolehi sayap penerbangannya pada tahun 1990 dan memulakan kerjaya sebagai juruterbang bersama syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines, setahun kemudian. Beliau telah menerima latihan penerbangan dari Akademi Latihan Penerbangan Awam Australia sebelum dipinjamkan ke Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 2005. Sepanjang kariernya bersama Malaysia Airlines, beliau pernah ditugaskan sebagai pemeriksa bagi pesawat B737, A330 dan A350 selain menjadi Fleet Captain Wide Body. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Juruterbang Operasi Armada (Chief Pilot Fleet Operations) bagi Operasi Penerbangan di Malaysia Airlines dari tahun 2017 hingga 2020 di mana beliau bertanggungjawab mengetuai barisan operasi dan memberi sumbangan bagi meningkatkan proses operasi penerbangan melalui transformasi teknologi.

Kapten Norazman kini merupakan Pengarah Operasi Penerbangan CAAM. Bagi jawatan ini, beliau mengetuai bahagian dengan empat tonggak strategi termasuklah Transformasi Digital, Dokumentasi, Latihan dan Kerjasama bagi merevolusikan CAAM selaras dengan visi untuk menjadi pihak berkuasa penerbangan awam terkemuka dunia.

Zainul Abidin Bin Maslan

Zainul Abidin Bin Maslan

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi)

Zainul Abidin Bin Maslan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada 27 Julai 2020. Bagi jawatan ini, beliau bertanggungjawab bagi segala aktiviti kawal selia keselamatan dan sekuriti penerbangan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Bahagian Piawaian Navigasi Udara dengan pengetahuan luas serta pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pengawasan keselamatan penerbangan awam bagi Air Navigation Services (ANS). Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman luas selama 19 tahun berkhidmat sebagai pegawai trafik udara di pelbagai unit kawalan trafik udara.

Zainul merupakan pemeriksa keselamatan penerbangan awam bertauliah dalam bidang perkhidmatan trafik udara, meteorologi penerbangan, carta aeronatikal, reka bentuk prosedur penerbangan instrumen, mencari dan menyelamat serta perkhidmatan maklumat aeronatikal. Dalam pembentukan dan pelaksanaan pengawasan keselamatan, beliau terlibat dalam merangka garis panduan dan prosedur, menganjurkan latihan serta merancang dan melaksanakan pengawasan dan kebenaran kepada penyedia perkhidmatan.

Selain itu, beliau juga merupakan ketua kepada pasukan ANS dalam menyediakan ICAO Universal Safety Oversight Audit Programme Continuous Monitoring Approach (USOAP CMA) pada 2016. Beliau turut menjadi wakil kepada Pejabat ICAO Rantau Asia Pasifik/ICAO Asia Pacific Regional Office bagi membantu misi untuk Asia Tenggara bagi kepakaran berkaitan ANS.

Capt Jani 1

Kapten Md Jani Bin Md Dom

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawalselia)

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Kapten Md Jani Md Dom berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti of Akron Ohio, Amerika Syarikat (AS). Beliau pernah menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai juruterbang helikopter dari tahun 1989 hingga 2003. Sepanjang perkhidmatannya dalam TUDM, beliau juga merupakan Jurulatih Helikopter Berkelayakan dan kemudiannya sebagai Pemeriksa sebelum meninggalkan TUDM pada 2003 untuk menyertai Malaysia Helicopter Services (MHS). Pada 1 Ogos 2005, beliau menyertai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang kini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kapten Jani telah mengumpul lebih dari 4000 jam penerbangan bagi pelbagai jenis helikopter dari jenis konservatif dan moden serta helikopter dengan enjin tunggal dan berkembar. Pada awal penglibatannya dalam dunia penerbangan, beliau telah melakukan hampir 200 jam penerbangan pesawat sayap tetap. Beliau menyertai DCA sebagai Pemeriksa Operasi Penerbangan sebelum dilantik sebagai Pengarah Operasi Penerbangan bagi mengawasi perakuan dan pengawasan berkaitan dengan keselamatan industri penerbangan di Malaysia. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai Garis Panduan Operasi Penerbangan (FOD) sama seperti Peraturan EASA pada 2016. Terkini sebagai Pengarah Kualiti dan Standard, beliau ditugaskan untuk memperkemaskan semua peraturan dan keperluan CAAM bagi memastikan ICAO Annexes selari dengan sistem dokumentasi baharu yang dikenali sebagai Garis Panduan Penerbangan Awam (CAD).

Sebagai tambahan bagi masa depan Program Audit Pemantauan Keselamatan Sejagat ICAO (USOAP), beliau juga telah mengaturkan usaha ke arah pelan tindakan pemulihan bagi dapatan audit FAA IASA dengan matlamat untuk mencapai Kategori Satu secepat mungkin. Kapten Jani kini merupakan Penyelaras Pemantauan Berterusan Negara / National Continuous Monitoring Coordinator (NCMC) bagi USOAP dan Penyelaras Kebangsaan bagi Program Audit Keselamatan Universiti (USAP) di bawah ICAO.

Kualiti dan Standard

Operasi Penerbangan

RASHIDI 1

Pengurusan Trafik Udara

Collin Joshua Melling

Collin J Melling

Airworthiness

Kerjaya Collin Joshua Melling dalam sektor penerbangan bermula pada tahun 1989 selepas menamatkan pengajian dengan kelulusan Sarjana Sains Kejuruteraan Aeroangkasa dan Sarjana Sains Aeronautik (Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat) dari Universiti St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS). Semasa melanjutkan pelajarannya dalam program Ijazah Sarjana Muda, beliau juga telah memperolehi Lesen Mekanik FAA Airframe & Powerplant (A&P). Latar belakang pendidikan serta kelayakan yang dimilikinya telah membantu beliau memahami dan mendalami dengan baik ilmu dalam bidang rekabentuk dan penyelenggaraan pesawat.

Pada tahun 2001, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Airworthiness Pesawat dan Keselamatan Penerbangan di Universiti Kebangsaan Perancis bagi Penerbangan Awam (ENAC – Ecole Nationale De L’aviation Civile), Toulouse, Perancis. Beliau berjaya menamatkan program latihan selama enam bulan di Airbus, Toulouse.

Collin menyertai DCA pada September 1991 sebagai juruukur pesawat di Unit Kalibrasi Penerbangan, Lapangan Terbang, Subang. Pada 1994, beliau dipindahkan ke Bahagian Airworthiness untuk membantu pensijilan reka bentuk dan fungsi-fungsi kejuruteraan.

Sebagai profesional berpengalaman dalam bidang penerbangan dengan pengalaan hampir 30 tahun di CAAM, beliau merupakan seorang yang serba boleh, sangat berorientasi dan mempunyai semangat tinggi untuk penambahbaikan proses. Pada September 2020, beliau dilantik sebagai Pengarah Airworthiness dan mengetuai pasukan berpengalaman dan bersemangat tinggi serta komited dalam kerja yang dilakukan bagi memastikan keselamatan menjadi perkara utama yang dititikberatkan.

Suresh AL V.B.Menon

Suresh A/L V.B.Menon

CAAM Semenanjung Malaysia

Suresh Menon mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pelatih Trafik Udara pada tahun 1984. Sepanjang kerjayanya selama lebih 35 tahun, beliau memegang pelbagai peranan dalam Pengurusan Trafik Udara. Dari tahun 1985 sehingga 2008, beliau telah bekerja di Menara Trafik Udara dengan pengalaman dalam En-route Procedural Control. Pada awal kerjayanya, beliau terlibat dengan pelatih OJT, Pegawai Pelatih, Pemeriksa Pegawai Trafik Udara dan Pegawai Piawaian serta Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS). Sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai SMS, beliau melihat keperluan latihan bagi lebih 700 kakitangan ATC dii seluruh negara antara tahun 2005 hingga 2009.

Sejak 2009, beliau telah terlibat secara aktif dalam Projek Pengurusan CNS ATM dan dilantik sebagai Pengurus Projek bagi urusan CNS ATM di Projek Menara Kawalan Trafik Udara klia2 dan terkini dilantik sebagai ahli projek bagi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) yang baharu.

Pada 2018, Suresh telah diberikan kepercayaan untuk mengarahkan operasi Menara Kawalan KLIA sebagai Timbalan Pengarah Operasi dengan mengaturkan seramai 130 pegawai trafik udara, tiga menara kawalan, sistem, prosedur, latihan dan projek. Pada tahun 2020, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan terkini sebagai Pengarah Wilayah CAAM Semenanjung Malaysia.

Piawaian Aerodrom

FITRI

Mohd Fitri Bin Ishak

Pusat Kawalan Trafik Udara CAAM

Mohammad Hafiz Bin Salleh

Mohammad Hafiz Bin Salleh

Sekuriti Penerbangan

Mohammad Hafiz Bin Salleh dilantik sebagai Pengarah Sekuriti Penerbangan (AVSEC) pada September 2020. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah – yang bertanggungjawab ke atas unit syarikat penerbangan dan pembangunan organisasi. Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada 2003 bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Hafiz merupakan graduan Ijazah Sains Sosial (Hubungan Antarabangsa) dari Universiti Malaysia Sabah dan turut mempunyai Diploma Pengurusan Awam dari Institut Teknologi Mara. Beliau pernah menyertai Seminar Sekuriti Penerbangan di bawah Program Kerjasama Antarabangsa oleh Kerajaan Jepun.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang sekuriti penerbangan dan pengangkutan barangan berbahaya melalui udara, Hafiz telah mengetuai projek transformasi besar bagi Peraturan Penerangan Awam (Sekuriti) dengan fokus utama kepada pembangunan semula AVSEC dan pengangkutan barangan berbahaya melalui udara selain budaya organisasi dalam melaksanakan tugas yang bermakna serta memberi kesan jangka panjang.

Tumpuan utamanya adalah untuk memastikan tahap daya saing dan kemajuan AVSEC dengan menggabungkan pendidikan, pengalaman dan mekanisma penguatkuasaan. Beliau juga mahukan operasi yang lebih cekap dan berkesan bagi entiti yang dikawal selia dan memberi tumpuan penuh kepada bidang sekuriti penerbangan serta pengangkutan barangan berbahaya melalui udara.

Piawaian Perkhidmatan Pemaliman Udara

Ling Swee Ing

Akademi Penerbangan Malaysia

Ling Swee Ing memiliki pengalaman kerja selama 33 tahun dalam industri penerbangan selepas menyertai Jabatan Penerbangan Awam (ATC) sejak 1988. Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1986, beliau menjadi guru sandaran di SMK Vokasional Betong, Sarawak sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang penerbangan. Beliau dikenali sebagai seorang ATC terlatih, pemegang rating Kawalan Aerodrom, pemegang rating Approach Control (Non-Radar), Area Control (Non-Radar), Area Radar dan Approach Radar.

Sebelum ke jawatan itu, Ling dinaikkan pangkat dari penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara Kuching ke Ketua Penolong Pengarah dan seterusnya Timbalan Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilantik ke jawatan terkini sebagai Pengarah Wilayah CAAM Sarawak sejak 2011. Di bawah kepimpinannya, operasi CAAM Sarawak telah banyak meningkat dan terus menjadi antara penyedia perkhidmatan navigasi udara terbaik kepada operator.

Kapten Jamaluddin Tamby Chik

CAAM Sawawak

Johnli Bin Idek

CAAM Sabah

Johnli bin Idek dilantik sebagai Pengarah Wilayah CAAM Sabah pada 1 Januari 2018. Beliau merupakan lulusan Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat dalam bidang Geologi dan Geofizik. Sebagai pelajar sains alam sekitar, beliau mempunyai minat mendalam terhadap alam semula jadi malah pernah menghabiskan masa menjelajah ke British Columbia, Yukon dan Alaska selain merasai musim panas bersama Natif Amerika di Navajo Nation. Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains pada 1985, beliau bekerja di Jabatan Geologi di Kota Kinabalu, Sabah. Pada 1987, beliau memulakan kerjaya di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan Kadet Pegawai Trafik Udara. Bermula dari itu, beliau mula memperolehi rating sebagai Aerodrom, Approach, kawalan Area Radar dan Penyelaras Misi SAR bertauliah. Beliau telah mengumpul banyak pengalaman sebagai Pegawai Trafik Udara, Watch Manager, Ketua Pegawai Pemeriksa dan Pegawai Penyiasat ATC di Pusat Kawalan Trafik Udara Kota Kinabalu. Beliau mewakili DCA di pelbagai mesyuarat serantau ICAO bagi Pengurusan Trafik Udara. Pada 2002, beliau dilantik sebagai Pengurus DCA Kota Kinabalu di mana beliau telah membantu mengawasi peralihan dari operasi Menara DCA lama ke lokasi terkini. Pada 2011, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Wilayah 1 (Semenanjung) dan ditempatkan di Subang sehingga 2015. Bagi jawatan ini, beliau telah mempengerusikan beberapa tugasan termasuk jawatankuasa DCA ISO untuk pensijilan ISO/IEC27001:2005 pada 2014 selain menghadiri Pelan Kontinjensi dan Pengurusan Krisis di GTC Training, United Kingdom pada September 2014.

Johnli kembali ke Sabah pada 2915 dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah dan Pemangku Pengarah pada 2017. Pada 2018, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Wilayah Sabah.

Johnli mempunyai keyakinan mendalam terhadap usaha pemuliharaan alam semula jadi kerana beliau percaya aset semula jadi yang dimiliki hari ini adalah pinjaman daripada generasi terdahulu. Beliau mahu menerapkan semangat itu kepada semua kakitangan CAAM Sabah.

Dg. Siti Noor Jehan Binti Ag Mohd Saufi

Dg. Siti Noor Jehan Binti Ag Mohd Saufi

Khidmat Pengurusan

Dg. Siti Noor Jehan Binti Ag Mohd Saufi merupakan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang mengendalikan pengurusan sumber manusia, pengurusan aset, teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan dan pengurusan projek, perolehan dan latihan. Beliau merupakan graduan Universiti Tenaga Nasional dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan pada 2012.

Dg. Siti Noor Jehan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 2003 sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah di Kementerian Pendidikan sebelum berpindahh ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Antara kepakaran beliau termasulah polisi awam, pembangunan sumber manusia, pembangunan masyarakat, pendidikan, sains sosial dan perlindungan pengguna. Dikenali dengan sikapnya yang merendah diri dan ciri-ciri kepimpinan contoh, Dg. Siti Noor Jehan merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Sains Pengguna dengan pengalaman luas dalam pelbagai bidang. Sebelum menyertai CAAM, beliau merupakan Timbalan Pengarah (Pembangunan Masyarakat) di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Selepas dilantik ke dalam CAAM, beliau telah membawa banyak perubahan besar kepada proses pengurusan harian CAAM dan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Khairul Aamali Bin Ismail

Khairul A’amali Bin Ismail

Khairul A’amali bin Ismail dilantik sebagai Pengarah Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA) pada 2 September 2020. Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada 1995 dan memiliki semua ATC Ratings pada 2003. Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia pada Majlis ICAO di Montreal, Kanada dari September 2017 hingga Mac 2020. Beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Technical Cooperation Committee, Member of Air Transport Committee, Montreal Group, FORUM Group dan Edward Warner Award Committee. Sepanjang perkhidmatannya, Malaysia memperolehi jumlah undi tertinggi sejak 2007 bagi pemilihan kerusi Ahli Majlis ICAO bagi penggal 2019-2022.

Pengalaman luasnya dalam CNS/ATM, sumber manusia dan hal ehwal operasi di mana beliau pernah melaksanakan banyak tugasan pelbagai disiplin. Beliau juga mewakili DCA di pelbagai peringkat dalam mesyuarat serta simposiom dua hala dan pelbagai hala. Khairul mempunyai pemahaman mendalam mengenai industri penerbangan selain pengalaman luas dalam projek pengurusan dan operasi penerbangan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dari Universiti Putra Malaysia. Misi beliau untuk MAvA adalah untuk menjadikan akademi itu sebagai hab bagi semua aspek latihan penerbangan awam dengan pendekatan yang sistematik dan komprehensif.

Pn Haslindatul

Haslindatul Ikmar Binti Khisham

Pejabat Undang-undang

Pn Azie

Norazilah Binti Abdullah

Pengurusan Kewangan

Nurilya Anis Binti Ab Rahim

Nurilya Anis Binti Ab Rahim

Komunikasi Korporat

Nur Fazira Binti Shaharudin

Integriti

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon