-A  +A          

Good Day! Wednesday, 13 August 2025

Rundingan

Rundingan

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited and Deutsche Lufthansa AG

MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 30 July 2025.

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usaha Sama antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited

MAVCOM telah menerima permohonan pengecualian individu bagi usaha sama antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@caam.gov.my sebelum atau pada 25 Mei 2025.

Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usaha Sama antara MAB Kargo Sdn Bhd, Qatar Airways Group Q.C.S.C. dan IAG Cargo Limited.

Kertas Rundingan Pertama berkenaan Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan di Malaysia bagi Tempoh Pengawalseliaan Kedua (2027-2029) (“RP2”) (“Kertas Rundingan”) dan Garis Panduan bagi Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan di Malaysia bagi RP2 (“Garis Panduan”)

Trafik udara di Malaysia sedang mengalami pertumbuhan berterusan dan dijangka mencapai tahap pra-pandemik pada tahun 2025. Sehubungan dengan pemulihan ini, MAVCOM telah mencadangkan perlaksanaan rangka kerja peraturan berasaskan insentif bagi RP2, yang akan bermula pada 1 Januari 2027. Rangka kerja ini dijangka akan meningkatkan kecekapan dalam sektor penerbangan kerana hubungan langsung antara tahap caj yang dikenakan kepada pengguna lapangan terbang dengan perbelanjaan yang berhemah dan cekap oleh pengendali lapangan terbang.

MAVCOM telah membangunkan Kertas Rundingan Pertama dan Garis Panduan bagi Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan di Malaysia yang menggariskan rangka kerja peraturan berasaskan insentif bagi RP2. Kertas Rundingan ini mengemukakan rasional di sebalik Garis Panduan dan bagaimana Garis Panduan tersebut akan dirujuk bagi menetapkan caj perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Kertas Rundingan ini kepada airport.charges@mavcom.my sebelum atau pada 26 April 2025, selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang.

Pautan:

Maklumat Lanjut Untuk Seksyen Ini

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy