Pada tahun 2007, Kabinet Malaysia telah memutuskan supaya operasi RAS dikembalikan kepada MAS atau subsidiarinya. MAS kemudiannya menubuhkan MASwings sebagai entiti yang akan mengendalikan RAS dan pada Jun 2007, telah diputuskan bahawa MASwings akan mengambil alih operasi RAS selama sepuluh tahun.
Kos operasi RAS oleh MASwings ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dalam bentuk bayaran subsidi dan sewa pajakan pesawat. Penerbangan pertama dibuat pada 1 Oktober 2007, yang juga merupakan ulang tahun penubuhan Malaysia Airlines pada tahun 1972.
MASwings telah menandatangani sebuah perjanjian baharu dengan Kerajaan pada Januari 2019 dan akan mengendalikan operasi penerbangan 39 laluan RAS di Sabah dan Sarawak dari tahun 2019 hingga 2024. Kementerian Pengangkutan juga telah mengklasifikasikan satu laluan tambahan di dalam rangkaian RAS mulai 1 Mei 2019. Oleh itu, kini terdapat 40 laluan RAS yang menggunakan pesawat ATR 72-500 dan Twin Otter Viking DHC6-400. Laluan-laluan ini beroperasi di 10 lapangan terbang dan 13 STOLport di Sabah dan Sarawak.
Laluan bagi ATR dan Twin Otter adalah seperti yang berikut:

Source: Great Circle Mapper