Bahagian Latihan Perkhidmatan Navigasi Udara (ANSTD) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2022 berikutan penstrukturan semula Bahagian Pengurusan Trafik Udara (BKB). ANTSD terbahagi kepada dua (2) unit utama iaitu Unit Perancangan dan Unit Peperiksaan dan Dokumentasi. ANSTD merupakan bahagian baharu, berbeza dengan bahagian lain yang ditubuhkan hasil daripada penstrukturan semula atau penggabungan beberapa unit terdahulu dalam ATMD.
Bahagian ini bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan latihan dan peperiksaan ATC dan bukan ATC untuk semua pegawai Bahagian Perkhidmatan Navigasi Udara (ANSD) yang bersesuaian dengan keperluan dan prosedur standard yang berkaitan dengan skop tugas mereka. Perancangan dan pengurusan adalah perlu bukan sahaja untuk penyampaian perkhidmatan trafik udara tetapi juga untuk pengurusan trafik udara, pertumbuhan kapasiti manusia dan memastikan tugas-tugas dijalankan dengan berkesan sambil mematuhi semua spesifikasi seperti yang dinyatakan dalam Arahan Penerbangan Awam (CAD), Bahan Panduan Penerbangan Awam (CAGM), Manual Dasar Perkhidmatan Navigasi Udara (ASNPM) dan dokumen berkaitan.