-A  +A          

Good Day! Wednesday, 4 December 2024

Our Team

Kelayakan Terbang

Kelayakan Terbang

IStock 931559254 1
Air Traffic Control Tower in Malaysia
Cross
  • Negeri

Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KLATCC)

Jalan CTA 3 (KLIA),
Kuala Lumpur International Airport,
64000 KLIA,Sepang, Selangor,Darul Ehsan.

CAAM Kedah

CAAM Complex Sultan Abdul Halim Airport
06550 Alor Setar
Kedah Darul Aman

CAAM Johor

Senai International Airport
81250 Johor Bharu, Johor

CAAM Ipoh

Sultan Azlan Shah Airport
31350 Ipoh, Perak

CAAM Melaka

Melaka International Airport
75350 Batu Berendam
Melaka

CAAM Kuala Terengganu

Sultan Mahmud Airport
21300 Kuala Terengganu

CAAM Kerteh

Kerteh Airport
24300 Kerteh
Terengganu

CAAM Pulau Tioman

Pulau Tioman Airport
63, Jalan Sulaiman,
86800 Mersing, Pahang

Pejabat Wilayah Caam Sabah

Jalan Bunga Raya, Kepayan
Beg Berkunci 2065
88618 Kota Kinabalu

Pusat Kawalan Trafik Udara Kota Kinabalu

Jalan Kepayan,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah

CAAM Sandakan

Cawangan Sandakan
90008 Sandakan
Sabah

CAAM Lahad Datu

Cawangan Lahad Datu
91108 Lahad Datu
Sabah

CAAM Tawau

Cawangan Tawau
91007 Tawau
Sabah

Pejabat Wilayah Caam Sarawak

Kuching International Airport
93250 Kuching,
Sarawak

CAAM Miri

Cawangan Miri
98000 Miri
Sarawak

CAAM Bintulu

Cawangan Bintulu
97200 Bintulu
Sarawak

CAAM Sibu

Cawangan Sibu
96007 Sibu
Sarawak

CAAM Limbang

Cawangan Limbang
98700 Limbang
Sarawak

CAAM Marudi

Cawangan Limbang
98700 Limbang
Sarawak

CAAM Lawas

Cawangan Lawas
98850 Lawas
Sarawak

CAAM Mukah

Cawangan Mukah
96400 Mukah
Sarawak

CAAM Langkawi

Langkawi International Airport
07100 Padang Matsirat
Pulau Langkawi
Kedah

CAAM Kelantan

Sultan Ismail Petra Airport,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu,
Kelantan

CAAM Penang

Penang International Airport,
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang

Kalibrasi Penerbangan Caam

Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, Selangor

CAAM KLIA

Kuala Lumpur International Airport
64000 KLIA, Sepang
Selangor Darul Ehsan

Pejabat Wilayah Caam Semenanjung Malaysia

Jalan CTA 3 (KLIA),
Kuala Lumpur International Airport,
64000 KLIA,Sepang, Selangor,Darul Ehsan.

Menara Kawalan Trafik Udara Subang

Sultan Abdul Azizi Shah Airport
47200 Subang, Selangor

'); }); })(jQuery)
Collin Fix

Collin Joshua Melling

Pengarah Bahagian Airworthiness

Unit Airworthiness ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Bahagian Operasi Penerbangan untuk mengawal aktiviti penyenggaraan kapal udara. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, United Kingdom (CAAUK) telah diberi kontrak untuk menguruskan Unit ini. Jurutera Airworthiness CAAUK ditempatkan di Malaysia dan Standard Keselamatan Kapal Udara British diterima pakai. Peningkatan fungsi dan tanggungjawab pekerjaan menyebabkan Unit ini dinaik taraf menjadi Bahagian pada tahun 1992. Jurutera CAAUK digantikan secara beransur-ansur dan sejak tahun 1999, Bahagian Airworthiness ini diuruskan sepenuhnya oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan terlatih. Kontrak bersama CAAUK diubah kepada perkhidmatan perundingan. Penambahan fungsi dan tanggungjawab menyebabkan Bahagian Airworthiness kemudiannya berkembang menjadi Sektor pada tahun 2007.

Fungsi dan Tanggungjawab Pengawalseliaan

Bahagian Airworthiness mempunyai tiga (3) Seksyen utama iaitu; i) Polisi, Keselamatan & Pembangunan (PSD), ii) Pensijilan Airworthiness & Kejuruteraan (ACE) dan iii) Kesinambungan Airworthiness Kapal Udara (ACA). Di bawah Seksyen-seksyen ini, terdapat sebelas (11) Unit teknikal yang mempunyai fungsi khusus seperti berikut:

Unit Peraturan, Polisi & Garis Panduan (RPG)

Merancang, mengurus, dan menyelaras aktiviti-aktiviti Airworthiness berikut:

  • Peraturan, polisi dan garis panduan.
  • Memastikan pematuhan terhadap ICAO Standard and Recommended Practices (SARPs).
  • Kerjasama bersama pihak berkuasa penerbangan lain bagi menyelaraskan standard pensijilan dan penerimaan amalan terbaik.
Unit Pembangunan Personel dan Pematuhan (PDC)

Merancang, mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan:

  • Latihan dan kompetensi kakitangan Airworthiness.
  • Melaksanakan analisis keperluan latihan (TNA) untuk menentukan jenis dan tahap latihan yang sesuai.
  • Latihan dalaman untuk latihan permulaan/asas termasuk latihan berterusan.
Unit Pendaftaran & Keselamatan (RAS)

Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan:

  • Menyelenggara dan mengemaskini Daftar Kapal Udara.
  • Mengeluarkan sijil pendaftaran dan pembatalan pendaftaran kapal udara.
  • Gadaian kapal udara termasuk IDERA.
  • Penyiasatan kejadian dan data keselamatan penerbangan.
  • Sistem pengurusan keselamatan (SMS).
  • Input teknikal ke dalam Program Keselamatan Negara (SSP) dari aspek Airworthiness.
Unit Rekabentuk Kapal Udara & Pensijilan (ADC)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti pensijilan jenis produk aeronautikal:

  • Melaksanakan pengesahan teknikal bagi kelulusan rekabentuk asing.
  • Meluluskan pengubahsuaian dan pembaikan produk aeronautikal.
  • Mengurus dan menyelaras kelulusan berkaitan dengan arahan keselamatan kesinambungan kapal udara mandatori (MCAI).
Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Airworthiness (AES)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti kejuruteraan dan menyediakan sokongan teknikal dalam perkara berkaitan:

  • Penilaian Airworthiness bagi kapal udara terpakai.
  • Pemeriksaan pematuhan pada kapal udara pengeluaran.
  • Kelulusan berkaitan dengan ujian penerbangan dan permit untuk terbang berkaitan dengan rekabentuk.
Unit Organisasi Rekabentuk & Pengeluaran (DPO)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan dengan organisasi rekabentuk dan pengeluaran termasuk:

  • Kelulusan organisasi rekabentuk (DOA) dan organisasi pengeluaran (POA).
  • Kelulusan bagi penandatangan yang dibenarkan untuk DOA.
  • Pemantauan terhadap DOA dan POA.
Unit Pengangkutan Udara Komersil (CAT)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti kesinambungan airworthiness kapal udara pada kapal-kapal udara yang digunakan untuk operasi pengangkutan udara komersil (CAT) termasuk:

  • Mengeluarkan/memperbaharui perakuan kelayakan terbang (CofA).
  • Kelulusan permit untuk terbang yang tidak berkaitan dengan rekabentuk (PtF).
  • Mengeluarkan CofA untuk Eksport.
  • Kelulusan program penyenggaraan kapal udara (AMP), senarai kelengkapan minimum (MEL), jisim dan imbangan, kelulusan operasi khusus, dan perakuan bunyi bising.
  • Program Pemantauan Kesinambungan Airworthiness Kapal Udara (ACAM).
Unit Penerbangan Am (GAV)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti kesinambungan airworthiness kapal udara pada kapal-kapal udara yang digunakan untuk operasi penerbangan am termasuk:

  • Mengeluarkan/memperbaharui perakuan kelayakan terbang (CofA).
  • Kelulusan permit untuk terbang yang tidak berkaitan dengan rekabentuk (PtF).
  • Mengeluarkan CofA untuk Eksport.
  • Kelulusan program penyenggaraan kapal udara (AMP), senarai kelengkapan minimum (MEL), jisim dan imbangan, kelulusan operasi khusus, dan perakuan bunyi bising.
  • Program Pemantauan Kesinambungan Airworthiness Kapal Udara (ACAM).
Unit Kapal Terbang Rekreasi/UAS/AAM (RUA)

Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti berikut:

  • Mengeluarkan/memperbaharui perakuan kelayakan terbang (CofA) dan permit untuk terbang (PtF).
  • Mengeluarkan CofA untuk Eksport.
  • Kelulusan program penyenggaraan kapal udara (AMP), jisim dan imbangan, dan lain-lain.
Unit Kelulusan Organisasi (ORA)
  • Mengurus dan menyelaras kelulusan organisasi pengurusan kesinambungan airworthiness (CAMO), organisasi penyenggaraan (AMO) dan organisasi airworthiness yang digabungkan (CAO).
  • Kelulusan penandatangan yang dibenarkan untuk CAMO.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pengawasan ke atas CAMO, AMO, CAO, dan penandatangan yang dibenarkan.
Unit Perlesenan Personel Penyenggaraan (MPL)
  • Mengurus peperiksaan untuk tujuan Lesen Penyenggaraan Kapal Udara (AML).
  • Mengeluarkan/memperbaharui AML.
  • Melaksanakan pengesahan bagi AML asing.
  • Kelulusan organisasi latihan penyenggaraan (MTO), termasuk kelulusan program latihan penyenggaraan dan kursus latihan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pengawasan ke atas MTO.
Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon