-A  +A          

Good Day! Friday, 29 September 2023

Aviation Professional

Kawalan Trafik Udara (ATC)

Kawalan Trafik Udara (ATC)

ATC adalah perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur dan cepat serta cekap. Keselamatan pada dasarnya adalah berkenaan dengan menghalang perlanggaran antara pesawat dengan pesawat lain, halangan dan darat; membantu pesawat dalam mengelak daripada cuaca yang berbahaya; memastikan bahawa pesawat tidak beroperasi di ruang udara yang tidak dibenarkan; dan membantu pesawat yang dalam kesusahan. Aliran yang teratur dan cepat serta cekap menjamin kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh pengendali. Ia disediakan melalui peruntukan sumber sistem yang sama rata kepada penerbangan individu.

Pegawaitrafik udara ialah kakitangan yang dipilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan cekap. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat dan memastikan bahawa kapal terbang diletakkan pada jarak yang selamat berasingan daripada satu sama lain.

Pegawaitrafik udara bertanggungjawab untuk seksyen ruang udara tertentutermasuk hubungan radio yang kerap dengan juruterbang yang terbang di ruang udaramereka, dan tanggungjawab itu melibatkan memberi arahan, nasihat dan maklumatkepada juruterbang. Tugas yang diberikan kepada pegawaiberbeza mengikut tempat mereka beroperasi.

Pegawaitrafik udara ditempatkan di menarakawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletakdi Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.

menjaga perhubungan melalui radio dan/atau radar dengan pesawat;
mengarahkan pergerakan pesawat yang dalam penerbangan atau di lapangan terbang;
mengarahkan pesawat untuk terus menaik atau menurun dan menentukantahap aras penerbangan akhir;
memberikan maklumat kepada pesawat mengenai keadaan cuaca;
memastikan jarak minimum dikekalkan antara kapal terbang;
mengendalikan kejadian yang tidak dijangka, kecemasan dan trafikyang tidakberjadual.

Terdapat tiga jenis PegawaiTrafik Udara:

Pegawaikawasan–merekaberoperasidi pusatkawalan. Mereka mengarahkan kapal terbangyangdalam penerbangan dan memberikanlaluan yang paling cekap ke destinasi mereka. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memastikan pemisahan trafikdi udara.

PegawaiTuju–mereka beroperasidi pusatkawalan. Mereka mengambil alih kawalan komunikasi daripada pegawaikawasan apabilapesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab untuk menentukanbila dan di mana setiap kapal terbangsepatutnya mendaratdan memberi panduan kepadamereka dengancarayang paling cekap.

Pegawaiaerodrom-mereka beroperasidi menara kawalan di lapangan terbang. Merekabertanggungjawab ke atas pendaratan dan pelepasan pesawatserta menguruskan pergerakan pesawat di darat.

Kawalan trafik udara beroperasi 24 jam sehari termasuk hujung minggu dan juga cuti umum. Pegawai bekerja mengikut syif, satu syif mempunyaidua hari bekerja, satu hari rehat dan satu hari cuti. Hari bekerja dibahagikan kepada syif petang pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan malam pada hari kedua. Kerja Pegawai Trafik Udara termasuklah menjaga stesen kerja, mengumpul dan mentafsir data menggunakan komputer dan paparan radarsertaber komunikasi dengan juruterbang dengan menggunakan peralatan radio.

  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan
  • Keupayaan untuk membuat keputusanyang muktamaddan mestilah seorangyang fokus kepada matlamat
  • Keupayaan untuk menghuraikan kursus yang berasaskan teori dan kemudian dapat menggunakannyadalam keadaan sebenar
  • Keupayaan untuk membayangkan gambar objek yang bergerak dalam tiga dimensi
  • Mesti seorang yang mempunyai semangat berpasukan
  • Keupayaan untuk memenuhi keperluan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam kelas tiga pemeriksaan perubatan

Ijazah – Pegawai Trafik Udara
Diploma – Penolong Pegawai Trafik Udara
SPM – Pembantu Pegawai Trafik Udara

Mereka yang berminat untuk memohon pekerjaan ini boleh berbuat demikian seperti berikut:

Membuat permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian.
Calon-calonSPAyang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk temuduga:

  • Ujian IQ
  • Ujian Suara
  • Ujian Bahasa Inggeris
  • Ujian Psikologi

Selepas temuduga, calon-calon yang berjaya dilantik akan melalui proses-proses berikut:

Menjalani kursus latihan dengan tempoh masa maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia.
Menghadiri Latihan Semasa Kerja(OJT) untuk mendapatkan penarafan langsung

Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantuan navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan penerbitan. Modul ini meliputi asas-asas kawalan trafik udara secara amali di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Ia mengajar pelatih bagaimana untuk memastikan pesawat berada pada jarak selamat antara satu sama lain tanpa menggunakan radar.

Keseronokan yang sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan ‘semasa kerja’ dijalankan di menara kawalan trafik udara atau pusat radar wilayah di bawah penyeliaan pegawai berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan bertukar daripada’pelajar’ ke ‘pelatih’ dan akan menjalani latihan dalam persekitaran operasi, berurusan dengan trafik secara langsung.

Pada mulanya, Pengajar Latihan Semasa Kerja akan berada dengan anda sepanjang masa. Selari dengan perkembangan latihan, pengajar akan secara beransur-ansur membiarkan anda berlatih sendiri, memberi ruang untuk anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda mengawalnya secara bersendirian.

Apabila anda telah memperoleh pengalaman yang mencukupi dan telah menunjukkan bahawa anda boleh mengendalikan secara konsisten semua situasi dan kerumitan trafik, anda akan disyorkan untuk penilaian kecekapan terakhir. Apabila penilaian ini telah berjaya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Penarafan.

“Penarafan Secara Langsung” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan kerja kawalan trafik udara. Lesen Pegawai Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan diiktiraf oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara luar.

Pegawai Trafik Udara
Gaji Pokok  : RM 1815.52 – RM 5301.27
Elaun     : RM 810.00
Insentif      : RM 600.00
Elaun Penarafan (Rujuk Jadual Di Bawah)

Penolong Pegawai Trafik Udara
Gaji Pokok  : RM 1490.41 – RM 3435.45
Elaun     : RM 640.00
Insentif      : RM 250.00
Elaun Penarafan (Rujuk Jadual Di Bawah)

Pembantu Pegawai Trafik Udara
–  Gaji Pokok  : RM 829.45 – RM 2178.66
–   Elaun      : RM 595.00
Jadual Elaun Penarafan

TEMPAT PEMBAYARAN
KAWALAN TUJU (RADAR) RM750.00
KAWALAN KAWASAN (RADAR), PERGERAKAN PERMUKAAN (RADAR) RM600.00
KAWALAN KAWASAN RM450.00
TUJU (PROSEDUR) RM350.00
SMC, KAWALAN AERODROM, PENYELARAS BERSAMA AERODROM, PENYAMPAI PELEPASAN, DATA KAWASAN MENARA/ PENERBANGAN TUJU RM200.00

Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi pengawal pilot. Jika anda berminat, anda boleh melakukan carian web dengan menggunakan “live ATC ” sebagai kriteria pencarian.

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjaya sebagai Pegawai Trafik Udara, sila hubungi

Sektor Pengurusan Trafik Udara

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
Level 4, Block Podium B,
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, 62618
Putrajaya

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon